Iftar Perdana Pangsapuri Seri Mengkuang 2017 Meriah dalam Hujan Lebat

Seri Mengkuang, 18 Jun 2017 - Ahad

Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1438H pada hari ke 23 umat Islam berpuasa, Badan Pengurusan Pangsapuri Seri Mengkuang Menganjurkan Majlis Iftar Perdana. Ianya bertempat di Khemah yang di dirikan di Foyer antara Blok C4 dan C5 pagsapuri. Majlis yang dijadual pada jam 6:30 petang bermula agak lewat kerana hujan yang turun agak lebat. Persiapan khemah tetap di teruskan dalam keadaan yang sejuk dan basah oleh ahli-ahli jawatan kuasa yang berdedikasi. Persiapan juga turut di bantu oleh anak-anak Warga Seri Mengkuang yang hadir, keletihan berpuasa sepanjang hari bukanlah penghalang untuk mereka kekal aktif.

Sekitar jam 6:40 petang hujan masih lagi mencurah-curah dengan lebatnya. Walaubagaimanapun dengan semangat kejiranan dan perpaduan yang kuat tidak menghalang Warga Seri Mengkuang untuk meneruskan Majlis. Hujan yang turun juga di anggap sebagi rahmat dan diterima dengan redha, serta menjadi elemen positif hasil dari refleksi diri yang berpuasa sepanjang hari.

Selain itu Warga Seri Mengkuang juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapat ganjaran gandaan pahala yang bertepatan dengan Hadis Nabi Muhammad SAW "Barangsiapa memberi makan untuk berbuka (iftar) orang yg berpuasa, maka ia akan mendapatkan pahala mereka tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun". [HR. Ibnu Majah No.1736].

Ini bertepatan dengan susun atur Program Iftar Perdana yang memerlukan semua Warga Seri Mengkuang membawa juadah berbuka masing-masing untuk di kongsi bersama atau di sebut sebagai 'Pot-Luck'. Sambutan luar jangkaan dengan jumlah kepelbagaian juadah yang di sumbangkan. Terdapat juga juadah-juadah lazat berbuka puasa yang memang tidak pernah pernah ditemui sebelum ini. Yang mana menunjukkan variasi kepelbagaian kaum, tradisi dan budaya Warga Seri Mengkuang yang tinggal di semua blok di dalam pagsapuri ini dengan aman dan harmoni.

Dengan adanya majlis seperti ini‚Äč Warga Seri Mengkuang dapat menjadikan ia sebagai ruang dan peluang untuk mengenali jiran-jiran dengan lebih rapat. Seperti sedia maklum mereka memang sukar untuk bertemu pada hari-hari biasa kerana masing-masing sibuk dengan tuntutan kerjaya dan khidmat terhadap komuniti sekitar.

Di samping itu warga yang hadir juga dapat bertukar pandangan dan idea penambahbaikan Pangsapuri Seri Mengkuang. Penganjuran majlis seumpama ini adalah sebagai titik mulanya mengeratkan talian silatulrahim sesama Warga Seri Mengkuang.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program Iftar Perdana peringkat Pangsapuri Seri Mengkuang 2017. Walaupun dalam hujan lebat yang berterusan tidak menghalang semangat merapatkan silatulrahim sesama warga Seri Mengkuang. Dengan adanya kesepakatan dan semangat perpaduan seperti ini akan mewujudkan suasana kejiranan yang lebih sihat dan selesa.

Pelbagai juadah lazat yang di sediakan dengan penuh keikhlasan hasil dari tarbiah Ramadhan. Pujian juga wajar di berikan atas kesedaran kebersihan yg tinggi antara anak-anak dan ibu-bapa semua yang hadir dengan tidak meninggalkan sebarang sampah. Semoga program seumpama ini dapat terus di anjurkan oleh Badan Pengurusan di masa akan datang.