Kelajuan perkhidmatan internet TM Unifi 30Mbps telah tersedia untuk Warga Seri Mengkuang

Telekom Malaysia Berhad (TM), Juara Penumpuan (Convergence Champion) Malaysia dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Terbitan No. 1, menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi menyeluruh dalam jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM didorong oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang sangat kompetitif. Ia memberi penekanan kepada penyampaian pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui peningkatan kualiti dan inovasi perkhidmatan pelanggan yang berterusan, sambil memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti operasi.

Dengan memanfaatkan sambungan global kami yang luas, infrastruktur rangkaian dan kepakaran kolektif, TM berada di kedudukan yang baik untuk menggerakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital untuk Asia Tenggara. TM kekal mantap dalam transformasinya menjadi pembekal komunikasi generasi baru untuk menyampaikan gaya hidup digital yang dipertingkat dan bersepadu kepada semua rakyat Malaysia, dan membuka kemungkinan melalui hubungan, komunikasi dan kerjasama, ke arah visi bersama untuk meningkatkan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Kerja-kerja pemasangan kabel jalur lebar "fiber optic" yang bermula Disember 2016 oleh kontraktor TM yang dilantik serta telah siap sepenuhnya pada akhir bulan Mac 2017. Setelah itu proses penyerahan penyerahan infrastruktur dari kontraktor kepada TM dilakukan pada bulan April 2017. Pelbagai aspek telah di teliti yang terdiri keadaan fizikal kabel, keupayaan operasi kelesuruhan infrastruktur, kestabilan kualiti penghantaran dan penerimaan data yang perlu mencapai 30Mbps dan lain-lain lagi melalui lawatan lapangan oleh pegawai-pegawai TM Johor. Kemudiannya kertas laporan kerja dihantar ke TM pusat iaitu di Kuala Lumpur untuk pengesahan dan membolehkan perkhidmatan internet di guna oleh penduduk sekitar.

Dalam bulan yang sama juga bahagian Pemasaran TM Johor yang di ketuai oleh En. Muhd Hafiz Bin Sanip telah membuka kaunter pendaftaran. Kaedah pendaftaran TM ini boleh juga dilakukan secara atas talian, namun prosesnya agak memakan masa kerana perlu melalui TM HQ dan kemudian permohonan itu disalurkan ke TM Johor. Oleh yang demikian kaunter pendaftaran ini bertujuan mempercepatkan proses pemasangan ke rumah pemohon.

Buat pertama kalinya warga Seri Mengkuang dapat menikmati kelajuan internet 30Mbps TM Unifi pada 24 Mei 2017. Berdasarkan kaji selidik dari semua warga Seri Mengkuang yang telah mengalami perkhidmatan TM Unifi ini, mereka amat berpuas hati. Jika dahulu perlu keluar dari rumah dan berjalan-jalan mencari kawasan yang mempunyai liputan internet, tidak kira sama ada bertujuan untuk berkomunikasi, menyemak media sosial, bermain permainan aplikasi atas talian, membayar bill utili, membayar yuran penyelengaraan atau juga melakukan urusniaga atas talian. Keadaan ini amat memberi tekanan and memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyempurnakan urusan-urusan tersebut. Rata-ratanya akan duduk di tepi tingkap ataupun duduk di kaki lima rumah masing-masing. Tambahan pula sekiranya keadaan cuaca ketika itu mendung ataupun hujan lebat.

kini semuanya boleh dilakukan di dalam rumah dan dalam masa yang singkat melalui TM Unifi yang telah tersedia. Perkhidmatan internet yang stabil dan juga kalis dari ganguan keadaan cuaca semasa. Bagi yang telah melanggan saluran dari piring pemancar dengan komitmen bayaran bulanan, keadaan cuaca amat memberi kesan kepada kelancaran siaran. TM Unifi ini adalah alternatif yang terbaik di tambah pula pelbagai fungsi capaian ke dunia informasi digital serta lebih menjimatkan !!! Ambil tindakkan dengan mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman kestabilan perkhidmatan internet yang lebih baik.