Keselamatan Perlu Dipertingkatkan – Misi Pagar

Kesinambungan daripada program gotong royong yang telah di adakan baru-baru ini. kita sedia maklum bahawa keadaan pagar hijau yang telah berusia lebih 5 tahun WAJIB digantikan dengan yang baru atau dibaik pulih demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan juga masalah kecurian oleh pihak luar.

​Kedudukan Taman Permainan yang bersebelahan dengan kawasan hutan serta keadaan pagar yang rosak teruk memudahkan orang luar untuk memasuki kawasan perumahan pangsapuri paya mengkuang sama ada di waktu siang mahu pun malam tanpa kita sedari.

Ini tidak termasuk lagi masalah kecurian yang telah berlaku seperti kecurian motor dan sebagainya.

Oleh itu kami amat memerlukan sedikit sumbangan ikhlas serendah RM 15 bagi meringankan beban untuk mempercepatkan lagi usaha untuk membaiki dan menggantikan pagar hijau yang telah rosak sebelum hari raya aidilfitri pada tahun ini​.

Share link https://www.billplz.com/donationpagar

ataupun barcode dibawah utk memberi sumbangan ikhlas​