Lokasi

Pangsapuri Seri Mengkuang (PSM) yang juga di kenali sebagai Apartment Seri Mengkuang merupakan satu penempatan perumahan secara bertingkat yang dibangunkan oleh pemaju Mahabuilder Sdn Bhd.

Ianya berada di dalam kawasan penempatan penduduk yang dipindahkan dari penempatan asal Tanjung Pelepas. Kini kawasan penempatan asal mereka telah dibangunkan pelabuhan perbesar didunia dengan satu pengurusan sahaja yang juga di kenali sebagai Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.

PSM ini terletak bersebelahan dengan Balai Polis Tanjung Kupang dan berada di antara kawasan Kampung Tiram Duku dan juga Kampung Pok.

Kemudahan asas sekitar juga telah disediakan oleh pemaju asal pelabuhan seperti Masjid, Klinik Desa, Tabika, Padang Bola, Dewan Raya dan juga padang serbaguna.

Untuk sampai ke PSM, anda boleh memilih sama ada untuk melalui lebuhraya Perling Tuas atau pun melaui jalan lama dari pusat bandar Gelang Patah.

Ia mengambil masa 15 ke 20 min perjalanan dari gelang patah melalui jalan lama​ ( telah agak sibuk )

PSM di bangunkan di atas tanah berstatus hak milik sementara (99 tahun) dan dibina sebanyak 6 blok utama (C1 sehingga C6 ) dan setiap blok setinggi 4 tingkat.

Jumlah keseluruhan kediaman yang dibina adalah 332 dan sehingga hari ini ( 20 May 2016 ), kesemua unit rumah telah habis terjual dengan lakunya.

Kebanyakan pemilik yang menduduki PSM adalah mereka yang bekerja di sekitar Pelabuhan Tanjung Pelepas dan juga pekerja sektor industri di sekitarnya. ( Hanya mengambil masa 10 min sahaja )

Jom lihat pemandangan secara 3D bagi bagi data satelit jan 2014 >> Klik sini

Latitude : 1.3733858

Longtitude : 103.5584558