Pembayaran Yuran Selengara hanya di Telefon Pintar

Sedia maklum dengan peredaran zaman yang begitu pantas kita terdedah dengan perkembangan teknologi global. Perkembangan ini mencakupi pelbagai bidang seperti kemajuan teknologi automatif, robotik, komputer dan komunikasi. Teknologi komunikasi seumpamanya, berkembang dengan pesat dan pantas dalam lima tahun kebelakangan ini ada sahaja model-model baru yang di keluarkan. Ia di lengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang tidak pernah wujud sebelumnya, sebagai contoh telefon pintar. Jika dahulu telefon pintar hanya untuk perbualan dan bertukar maklumat digital, kini ianya boleh dikatakan hampir menjadi peralatan wajib bagi setiap orang kerana ianya mempunyai pelbagai fungsi dari berkomunikasi, mengurus aktiviti seharian, pekerjaan sehinggalah hiburan. 

Dengan telefon pintar, masa-masa menunggu giliran di mana-mana kurang menyakitkan kerana anda boleh mengisi masa dengan pelbagai aktiviti seperti, membaca berita, bermain permainan interaktif, mendengar muzik, menonton filem atau mempelajari sesuatu yang baru. Ia boleh membuat masa perjalanan berulang-alik ke pejabat atau perjalanan yang jauh lebih bermakna dan tidak membosankan.

Membuat aduan tentang produk dan perkhidmatan menjadi banyak lebih mudah apabila anda boleh melakukannya melalui Twitter dan Facebook pada telefon pintar anda. Banyak syarikat kini menggunakan media sosial sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pelanggan mereka. Ia menjadikan ia cepat, mudah dan anda boleh melakukannya di mana sahaja.

Dengan kelebihan telefon pintar menjadikan hidup lebih efektif dan mudah dalam kita melaksanakan tugasan-tugasan seharian seperti memeriksa e-mel, aktiviti media sosial atau segala urusan bank di luar waktu pejabat. Perlu melihat baki bank anda yang terkini sebelum membuat pembelian? Tidak menjadi masalah dan tidak lagi perlunya beratur panjang di mesin ATM seperti dulu.

https://www.billplz.com/yuranjmb

Telefon pintar juga adalah alat untuk menghubungi rakan-rakan anda di mana sahaja. Tambahan pula anda boleh menyimpan perbualan anda seperti berada di rangkaian perniagaan, melindungi data peribadi anda.

Dengan wujudnya banyak Wi-Fi Hotspot awam, telefon pintar membolehkan anda untuk mengurangkan pergantungan kepada rangkaian telefon anda untuk berhubung. Ini bermakna anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti atas talian tanpa perlu mengeluarkan modal untuk data yang di gunakan. Namun harus berwaspada kerana tidak semua Wi-Fi Hotspot awam itu dijamin selamat.

Telefon Pintar juga memberi manfaat yang besar untuk para pemandu. Anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar, seperti aplikasi Papago, Google Maps dan Waze, yang membantu anda sampai ke destinasi anda dengan cepat kerana adanya ciri kemudahan tambahan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tahap keselamatan juga terjamin kerana secara lumrahnya kita perlu bertanya orang sekeliling untuk tunjuk arah pada masa dahulu, namun zaman ini kita perlu lebih berhati-hati bila bertanya orang sekeliling, dikhuatiri membawa kepada perkara yang tidak di ingini. Selain itu anda juga boleh menyambungkan telefon anda kepada sistem audio kereta anda dan mendengar daripada lagu-lagu kegemaran anda semasa memandu.

Telefon pintar pada asasnya adalah komputer skrin kecil, ia bermakna anda boleh menjalankan pelbagai tugas-tugas semasa dalam perjalanan, sebagai contoh, anda boleh menggunakan telefon anda untuk memesan barangan runcit anda, menulis laporan, menghidupkan/menutup suiz peralatan eletrik di rumah dan memantau keadaan rumah mengunakan kamera yang di pasang.

https://www.billplz.com/yuranjmb

Aplikasi telefon pintar anda boleh disambungkan ke data maya milik anda, anda boleh mengakses semua maklumat dan fail, tidak kira di mana anda berada (teknologi Cloud). Menggunakan maklumat yang di simpan dalam talian, seperti Google Drive, Microsoft OneDrive atau Dropbox, anda boleh mendapatkan maklumat penting di mana sahaja anda berada. Dengan menggunakan kebanyakkan sumber aplikasi yang boleh didapati, anda juga boleh melakukan perkara seperti menerbitkan kiriman blog, mengemaskini gambar anda atau mengemas kini spreadsheet.

Kemajuan terkini dalam teknologi telepon pintar bermakna anda kini boleh menggunakannya dengan cara yang sama seperti kad bank tanpa sentuh untuk melaksanakan pembayaran, iaitu hanya dengan kaedah mendekatkannya pada skrin terminal untuk transaksi pembayaran. Begitu juga pembayaran bil-bil utiliti seperti SAJ, TNB, TM dan seumpamanya akan menjadi lebih mudah tanpa perlu beratur panjang di Pejabat Pos atau kaunter terlibat.

Secara ringkasnya dengan wujudnya telefon pintar ini kehidupan kita menjadi lebih mudah, tidak hairanlah jika dikatakan majoriti warga Seri Mengkuang ini mempunyai telefon pintar. Ia bukan lagi di kira sebagai peralatan dalam kategori kehendak, kebanyakan kita ia adalah sebagai keperluan pada masa kini. Tambahan pula kepada yang menjalankan perniagaan atas talian, telefon pintar adalah seumpama nadi perniagaan mereka. Atas dasar itu pihak pengurusan merasakan penting untuk mengaplikasikan teknologi yang ada pada telefon pintar ini untuk memudahkan warga Seri Mengkuang melaksanakan tanggungjawab membayar yuran selengaraan bulanan dengan pantas dimana jua dan pada bila-bila masa.

Bayaran boleh di mulakan dengan menekan butang biru "Kat SINI" di atas yang juga bersamaan dengan pautan ke laman sesawang https://www.billplz.com/yuranjmb. Paparan berikut akan keluar di skrin telefon pintar dan hanya perlu isikan maklumat seperti contoh berikut;

Masukkan nama, email unit rumah, tunggakkan @ semasa serta jumlah bulan yang ingin anda bayar, kemudian tekan butang "PAY". Paparan telefon bimbit anda akan menjadi seperti berikut:

Anda perlu masukkan institusi bank pilihan anda dibawah ini saya bawakan contoh menggunakan "Maybank2u". Dengan menekan butang pay anda akan disambungkan secara selamat ke portal bank milik anda.

Seperti biasa anda perlu memasukkan no TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda oleh pihak bank dalam masa yang singkat. 

Setelah nombor TAC dimasukkan transaksi anda akan disahkan melalui sistem "FPX Payment". Anda hanya perlu menekan butan "Continue" yang tertera.

Pembayaran yang berjaya akan mengeluarkan status "Successful" anda juga boleh mendapatkan resit.

Resit Rasmi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mengkuang akan di keluarkan secara automatik untuk simpanan rekod anda. Pejabat juga akan menerima makluman melalui email.

Anda juga akan mendapat pemberitahuan berkenaan pengesahan bayaran melalui email yang anda berikan seperti contoh berikut:

Email yang anda terima ini juga adalah resit rasmi yang boleh di simpan dan diguna pakai untuk rujukan dimasa hadapan. Ia adalah satu langkah Badan Pengurusan mengurangkan pengunaan kertas kearah polisi mesra alam sekitar. Disamping itu ia juga dapat meningkatkan ketelusan urusan rekod pembayaran anda. Sistem ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keupayaan membuat laporan mingguan, bulanan dan tahunan untuk semua bayaran yang diterima dari Warga Seri Mengkuang melalui Telefon Pintar.

​Menurut Warga Seri Mengkuang yang telah mencuba sistem ini, ianya amat mudah, cepat dan efisien. Ianya menepati keperluan masa kini yang rata-ratanya menghadapi kekangan masa dalam melaksanakan tugasan seharian menguruskan pejabat, pekerjaan, perniagaan, rumah, keluarga, komuniti dan pelbagai lagi.

Selamat Mencuba !!!!

Sekirannya anda merasakan lebih selesa melakukan “bank-in” atau melakuakan “Fund Transfer” anda juga masih lagi boleh menunaikan tanggungjawab menggunakan maklumat berikut: 

No Akaun Semasa Maybank | 551605006355 | B.P.B.P SERI MENGKUANG

Pembayaran juga boleh di lakukan secara manual melalui CD/ATM mesin, kemudian hantar slip ke nombor rasmi pejabat pengurusan melalui aplikasi WhatApps.

Semoga ianya memberi anda kemudahan membayar yuran selenggaraan bulanan di mana saja dan pada kesesuaian masa anda selaku warga Seri Mengkuang yang bertanggungjawab

https://www.billplz.com/yuranjmb