Pembayaran Yuran Selengara Secara Online

Pihak Pengurusan JMB akan melaksanakan sistem kutipan yuran bulanan secara online ( Jom Bayar ) mulai isnin hadapan ( 23 May 2016 ) atau lebih awal. Ia bertujuan untuk melancarkan lagi prosess pembayaran dan memastikan sistem pembayaran yang lebih telus tanpa melibatkan pemindahan secara tunai.

Dengan Adanya perlaksanaan pembayaran secara online, ia bermakna pembayaran secara perbankan online akan terus ke akaun rasmi JMB Pangsapuri Paya Mengkuang ( Maybank ) dan pembayar akan terus menerima resit pembayaran yang mempunyai no bil yang unik melalui email.‚Äč

Selain itu, ia dapat mengurangkan kesilapan teknikal di dalam urusan pembayaran secara manual seperti salah kira , tercicir mahu pun berlaku kecurian/rompakan secara tanpa di duga.

Dengan Ini, diharap semua pihak memberi sokongan penuh dengan adanya sistem pembayaran ini dan sistem pembayaran secara manual dapat dimansuhkan selewat-lewatnya pada Dec 2016