Pembelajaran asas Al-Quran secara PERCUMA melalui Teknik Al-Baghdadi

Pihak pengurusan Masjid Al-Irsyad Desa Paya Mengkuang komited untuk membina generasi Al-Quran untuk Komuniti Seri Mengkuang. Program ini dikhususkan untuk generasi muda seawal 4 hingga 6 tahun mengenali dan mempelajari bacaan Al-Quran. Tambahan pula program ini cukup istimewa kerana modul pengajarannya menggunakan Teknik Al-Baghdadi yang telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records - yang memiliki rangkaian pusat pembelajaran Al-Quran terbesar di Malaysia pada tahun 2013. Selain itu Al-Baghdadi group yang menjadi pengasas ilmu kaedah pembelajaran ini menerima beberapa pengiktirafan The Malaysia Book of Records pada tahun 2014, 2015 dan 2016. Malahan Al-Baghdadi Group telah mengembangkan rangkaian ke New Zeland pada Januari 2017 dan di terima dengan baik oleh masyarakat disana.

http://www.albaghdadigroup.com/v5/index.php/berita/road-tour-new-zealand

Kepada seluruh Komuniti Seri Mengkuang yang inginkan anak-anak mereka mempelajari Al-Quran dengan teknik yang terbukti berkesan rebutlah peluang ini. Andalah yang bertangungjawab untuk mencorak masa depan anak-anak supaya celik Al-Quran sebagai bekalan dan saham akhirat kelak.

Sumber dipetik dari lawan sesawang berikut:

http://www.albaghdadigroup.com/v5/index.php