Pendaftaran TM Unifi kini di buka

Usaha-usaha terus dilaksanakan bagi meyakinkan pihak TM Johor untuk memasang infrastruktur jaringan yang terbaik di kawasan Desa Paya Mengkuang.Setelah rundingan bersama pihak TM pada awal May 2016 mereka memberikan kata putus untuk memasang kabel STRERAMYX yang berkelajuan 8 mbps. Pemasangan yang dijangka bermula pada bulan Jun dan siap beroperasi pada bulan November 2016.

Namun setelah melalui beberapa peringkat saringan di dalam organisasi TM itu sendiri mereka melihat pemasangan insfrastruktur STREAMYX tidak lagi releven. Ini kerana mereka sudah mula melancarkan prasarana jalur lebar berasaskan fiber optik yg di kenali sebagai UNIFI. Kemajuan teknologi serta pertambahan bilangan penduduk di Desa Paya Mengkuang yang mejoritinya golongan muda dan saranan dari En. Fadzly selaku wakil penduduk setempat menjadi faktor pendorong TM memberikan pilihan kepada warga Desa Paya Mengkuang untuk memilih perkhidmatan yang mereka mahukan. Sementara menunggu keputusan mejoriti penduduk, projek pemasangan infrastruktur STREAMYX di tangguhkan.

Oleh yang demikian inisiatif kutipan "Survey Form" di jalankan bagi mengenalpasti kehendak sebenar penduduk untuk memilih pemasangan infrastruktur STREAMYX ataupun UNIFI yang lebih pantas. Survey ini di jalankan selama sebulan, iaitu sepanjang bulan Julai 2016. Pada awalnya borang kaji selidik ini di letakkan di kedai runcit Mak Yah namun sambutan dari penduduk agak hambar. Sepanjang minggu pertama hanya lima borang diterima. Dari lima borang itu 3 darinya di isi oleh mereka yang tinggal di luar kawasan Desa Paya Mengkuang.

Memandangkan keperluan internet berkelajuan tinggi untuk warga Desa Paya Mengkuang amat di perlukan, En. Fadzly meneruskan usaha bagi mendapat lebih ramai penduduk mengambil bahagian. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menerangkan kepentingan maklum balas melalui borang kaji selidik ini. Dalam masa yang sama penduduk di kawasan Taman Universiti, Skudai memohon pihak TM memasang infrastruktur UNIFI di kawasan mereka. Menurut pihak pengurusan TM Johor, mereka memerlukan maklum balas sekurang-kurangnya 70% dari jumlah penduduk Desa Paya Mengkuang. Kegagalan meyakinkan pihak TM, bermakna harapan warga Desa Paya Mengkuang untuk menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi juga akan terkubur. Ini kerana peruntukkan dana akan di salurkan kepada kawasan yang lebih banyak permintaan

Hasil usaha selama tiga minggu menemui penduduk sekitar, melakukan hebahan dari aplikasi Whatapps, membuat pengumuman di Masjid Al-Irsyad serta bantuan dari ketua-ketua lorong, ketua balai polis, ketua-ketua persatuan, ketua-ketua pertubuhan dan pihak-pihak pengurusan setempat menampakkan impak positif.

Di awal bulan Ogos borang-borang kaji selidik yang telah lengkap sepenuhnya diberikan kepada pihak pemasaran TM. Setelah di proses dan melalui pertimbangan sewajarnya pihak TM menghantar delegasinya untuk membuat lawatan kerja di Desa Paya Mengkuang pada 24 ogos 2016.

Wakil dari pihak TM Johor adalah En. Yahya Bani dan En. Ismail Rahmat selaku Pengurus Penyelidikan Perniagaan (Business Research), En. Suresh dan En. Md Nadzari selaku Pengurus Pembangunan Rangkaian (Network Development), En. Dahari selaku Pengurus Pakar Rangkaian (Network Specialist), En. Wan Azul, En. Mohd Nor Azam dan Pn. Hadzareena selaku Pengurus Jualan.

Penduduk setempat pula diwakili oleh SI Aziz selaku Ketua Balai Polis, En. Rahman selaku Pengerusi KRT, En. Soalmi selaku Pengerusi Masjid Al-Irsyad, En. Zamrin dan En. Fadzly selaku wakil warga Pangsapuri Seri Mengkuang.

Hasil dari lawatan kerja itu, pemasangan infrastruktur yang di putuskan adalah fiber optik yang dapat menampung perkhidmatan UNIFI yang berkapasiti 30 mbps. Setelah lantikan kontraktor selesai, kerja-kerja pemasangan kabel fiber optik oleh kontraktor yang di lantik bermula pada Disember 2016. Ianya meliputi kawasan Kelasi, Juragan, Pangsapuri Seri Mengkuang dan Pine Residence.

Perkhidmatan UNIFI dijangka dapat dinikmati pada bulan April 2017 yang akan datang. Sehubungan itu Pihak Pegurusan Pangsapuri telah mengaturkan dengan pihak TM untuk membuka kaunter pendaftaran bergerak pada hari Sabtu dan Ahad, bersamaan 1 dan 2 April 2017 diantara Blok C4 dan Blok C5 bermula 10 pagi. Bagi warga yang berminat untuk membuat pendaftaran sila bawa kad pengenalan dan hadir pada ketetapan tersebut. Jadi lakukan pilihan yang bijak untuk pakej-pakej yang di sediakan. 

Maklumat lanjut sila hubungi wakil jualan sah TM En. Muhd Hafiz Bin Sanip di talian telefon 010-7992696, 018-3779192 atau 014-2776959 serta email di alamat hafiz91.tmunifi@gmail.com