Penubuhan Koperasi Pembangunan Gelang Patah Johor Berhad

Pekajang, 21 May 2016: Dewanraya Pekajang Kg Pekajang hari ini menjadi saksi penuhuhan Koperasi Pembangunan Gelang Patah Johor Berhad setelah selesai Mesyuarat Agung permulaannya tengah hari ini. Koperasi ini di tubuhkan bagi membolehkan ahlinya bersaing serta merasai kepesatan ekonomi sekitar kawasan Gelang Patah. Ia di hadiri oleh penduduk sekitar Zon 24 MPJBT termasuk warga Pangsapuri Seri Mengkuang dan Desa Paya Mengkuang.

Jumlah kehadiran seramai 60 warga Gelang Patah adalah memenuhi syarat penubuhan yang secara minimumnya memerlukan 50 orang ahli sebagai permulaan. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Tn. Haji Mohd Yusof Hassan yang berpengalaman luas dalam bidang koperasi. Perjalanan mesyuarat penubuhan ini di kawal selia oleh En. Fauzi Bin Sulaiman selaku Pegawai Ehwal Koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia - Pejabat Negeri Johor. Sembilan Ahli Lembaga telah dilantik secara rasmi dalam mesyuarat penubuhan ini ialah:

1. Tn. Othman Hussen


2. Tn. Zainuddin Abd Jabar


3. Tn. Haji Mohd Yusof Hassan


4. Tn. Kamarulzaman Mualif


5. Tn. Kadis Ibrahim


6. Tn. Zulkefle Saleh


7. Tn. Tajul Annuar Ariffin


8. Tn. Karim Ramlan


9. Pn. Fadzline Saleh

Mereka yang dicalonkan ini bakal membawa halatuju koperasi yang di tubuhkan bersaing dan turut serta dalam kepesatan pembangunan ekonomi di kawasan sekitar Gelang Patah.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pelancaran cabang komuniti JPP zon 24 MPJBT di sempurnakan oleh Tuan Saufi Afandi Jamaludin selaku Pegawai kanan UKB, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Cabang komuniti yang dilancarkan adalah MyUsahawan, MyDidik, MyKebun Komuniti dan MyBomba.