Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa baru JMB 00072 sesi 2017/2018 – AGM Kali Ke 3

Dewan Raya Desa Paya Mengkuang, 9 Julai 2017 - Ahad

Majlis Mesyuarat tahunan Badan Pengurusan Pangsapuri Seri Mengkuang kali ke tiga telah selesai dengan jayanya. Sehubungan dengan itu ia juga bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Warga Pangsapuri. Majlis di meriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis MPJBT bahagian Gelang Patah, En. Mohamad Muzamil Ra’il.

Beliau telah mengumumkan untuk menghulurkan bantuan berupa selengaraan semua lampu jalan di sekitar kawasan Pangsapuri Seri Mengkuang. Ini berikutan keadaan lampu jalan kita yang sudah lama rosak dan perlu pembaikan segera. Memandangkan kos pembaikan yang agak tinggi dan kedudukan kewangan yang agak parah, Badan Pengurusan semasa tidak dapat lagi mampu melaksanakan baik pulih tersebut. Selain itu beliau juga menyarankan supaya di adakan program 'Pertanian Bandar' untuk memberi manfaat kepada Warga Seri Mengkuang dengan peruntukan penuh melalui Yayasan Penyayang Gelang Patah dibawah naugan MPJBT. Tambahan pula beliau juga menyatakan kesudian untuk memberikan peruntukan aktiviti sebanyak RM 5K Setahun khusus untuk Warga Seri Mengkuang.

Diantara perkara yang perlu di ambil perhatian Warga Seri Mengkuang adalah Cukai Tanah keseluruhan kawasan Pangsapuri Seri Mengkuang yang masih lagi tertunggak untuk tahun 2017 sebanyak RM 25,600.00. Bayaran Cukai Tanah ini sepatutnya di tunaikan pada bulan Mei setiap tahun. Kegagalan melakukan pembayaran tersebut oleh Warga Seri Mengkuang boleh melambatkan lagi proses pecah geran ke Strata Title dari Master Title.

Melalui inisiatif AJK sesi yang lepas, kini pembayaran yuran senggaraan lebih mudah dengan menggunakan kaedah atas talian melalui http//serimengkuang.com yang akan di sambung terus ke aplikasi perbankan pilihan Warga Seri Mengkuang. Kemudahan ini diwujudkan bagi penjimatkan masa dan juga tenaga Warga Seri Mengkuang menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memelihara dan memulihara Pangsapuri Seri Mengkuang supaya sentiasa selesa dan selamat untuk di diami.

Tahniah kepada semua Warga Seri Mengkuang yang hadir menjayakan Majlis ini dari mula perancangan sehinggalah perlaksanaanya. Semoga barisan Ahli Jawatan Kuasa baru yang di lantik dapat membawa perubahan yang baik Pengurusan Pangsapuri Seri Mengkuang untuk manfaat kepada warganya.