Program Generasi Mahasiswa Proaktif (GEMPAK) menerjah Desa Paya Mengkuang

Hari ini 31 Mac 2017 Kelab Rukun Tetangga Desa Paya Mengkuang bersama Generasi Mahasiswa Proaktif '17 Universiti Teknologi Malaysia mengadakan Program Khidmat Masyarakat di sini. Program ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa kepada komuniti masyarakat sebagai persiapan mereka melangkah ke dunia kerjaya. Ini bertujuan memperkasakan generasi muda yang lebih proaktif menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat melalui aktiviti-aktiviti sukarelawan. 

Majlis ini di rasmikan oleh tetamu jemputan Yang Berhormat Dr. Haji Zaini Bin Haji Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya. Manakala Perasmian penutup di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammad Khairi A. Malik selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Johor.

Selain memberi pendedahan kepada mahasiswa, fokus utama program adalah memberi kemahiran ilmu pengetahuan yang boleh dijadikan sumber pendapatan kepada masyarakat setempat. Kemahiran pertama yang ditawarkan iaitu kemahiran membentuk kraftangan melalui seni simen yang kenali sebagai Simenfero. Manakala kemahiran kedua pula ialah ilmu pembuatan baja kompos sebagai bahan pengalak tanaman secara organik. 

Aturcara Majlis Adalah Seperti Berikut:

31-Mac-2017 JUMAAT

  • 0830 pagi
    • Teknik Seni Simenfero Siri 1
    • Gotong-royong di Masjid Al-Irsyad
    • Solat Jumaat 
  • 1530 petang - 
    • Persiapan Ruang Perpustakaan Awam di Masjid Al-Irsyad
    • Perasmian dan Sumbangan YB Dr. Hj. Zaini Bin Hj. Abu Bakar
    • Solat Maghrib Berjemaah
    • Jamuan Makan Malam
    • Solat Isyak Berjemaah 
    • Ceramah yg dibawakan oleh Imam Muda Hassan dengan "Tajuk Jangan Takut Masjid"

    1-April-2017 SABTU

    • 0800 Pagi - 
      • Sukan persahabatan Bola Sepak 
      • Sukan persahabatan Bandminton
      • Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
      • Teknik menghasilkan Baja Kompos
      • Teknik Seni Simenfero siri ke 2
      • Majlis penutup oleh YB Tn Hj. Mohammad Khairi Bin A. Malik
      • Bersurai

      UTM FC Team

      DPM FC Team

      Kelab Suka Belajar @ Masjid Al-Irsyad

      Kata alu-aluan dari Wakil HEM UTM

      Kata-kata aluan dari Pengerusi Masjid Al-Irsyad

      Perasmi majlis – Dr. Haji Zaini Bin Haji Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya

      Warga Desa Paya Mengkuang yang tekun mempelajari seni Simenfero

                       

           

      Para peserta sukaneka dan pertandingan mewarna kategori generasi pelapis Desa Paya Mengkuang