Taman Permainan Baru Dalam Proses Pembinaan

Seri Mengkuang, Isnin - 24 Julai 2017

Kanak-kanak Warga Seri Mengkuang adalah antara yang bertuah kerana bakal menikmati kemudahan taman permainan yang baru. Ini adalah hasil usaha Pihak Badan Pengurusan sesi yang lepas memohon peruntukan kepada dari pelbagai pihak termasuk MPJBT. Ini berikutan Pangsapuri Seri Mengkuang yang terletak di dalam Zon 24 di bawah urus tadbir MPJBT telah mula kami diami semenjak 2008. Permohonan yang diajukan sejak tahun 2016 akhirnya mendapat sambutan baik dari pihak MPJBT yang memperuntukkan 'budget' tahun ini untuk menyediakan taman permainan yang lebih selesa untuk anak-anak Warga Seri Mengkuang.

Seperti sedia maklum, pihak pemaju hanya menyediakan sebahagian taman permainan kanak-kanak iaitu sebuah buaian, kerusi berspring dan sebuah jongkang-jongket sahaja. Selain tidak memberikan kemudahan yang dijanjikan dalam hebahan promosi jualan, ia juga amat tidak sesuai untuk menampung kemudahan penduduk yang mendiami lebih 100 keluarga mendiami unit-unit rumah di kawasan pangsapuri. Sebagai alternatif, saban hari anak-anak Warga Seri Mengkuang menggunakan jalan tar sebagai tempat mereka beriadah. Aktiviti-aktiviti riadah yang mereka lakukan adalah seperti bermain bola sepak, kasut roda, badminton dan lain-lain.

Keadaan seumpama ini sudah hampir sembilan tahun berlaku, ianya amat merbahaya untuk insan-insan kecil yang bakal menjadi pelapis pimpinan negara suatu hari nanti. Terutamanya diwaktu kemuncak mereka bermain adalah di waktu petang diantara lima hingga tujuh petang, yang mana ianya serentak dengan waktu pejabat tamat. Tempat mereka bermain buat masa ini adalah di tempat laluan kereta-kereta Warga Seri Mengkuang balik dari tempat kerja masing-masing. Bagi penduduk-penduduk yang berkerja syif malam pula, pada masa yang sama mereka akan memandu kenderaan keluar ke tempat kerja masing-masing. Pada waktu puncak inilah keadaan lalu lintas menjadi begitu sibuk, di tambah pula anak-anak yang mengunakan jalan sebagai tempat mereka beriadah kerana tiada pilihan tempat yang lain.

Pada asalnya permemohon dari Pihak Badan Pengurusan adalah supaya di bina sebuah ruang seumpama ‘gelangang futsal’ di dalam kawasan Pangsapuri Seri Mengkuang bagi kemudahan anak-anak penduduk beriadah. Namun permintaan ini di gantikan dengan taman permainan yang lebih selesa atas alasan mereka yang bermain 'futsal' biasanya akan membuat bising di waktu malam. Ini akan menganggu Warga Seri Mengkuang untuk berehat dan tidur diwaktu malam.

Diharap semua anak-anak kecil, remaja dan Warga Seri Mengkuang yang dewasa dapat menjaga serta bertindak dengan mengawasi dan memberi teguran kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan kemudahan yang di peroleh ini. Semoga ia dapat kekal lebih lama untuk anak-anak Warga Seri Mengkuang beriadah dan terus mendapat manfaat.

Semoga keharmonian Warga Seri Mengkuang akan bertambah baik hasil dari rasa tanggungjawab menjaga infrastruktur dan kebersihan kawasan sekitar untuk didiami bersama.