UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) – MPJBT

Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.

Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakanAkta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kini satu Akta baru diperkenalkan khusus untuk memperkemaskan hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, iaitu Akta Bangunan dan Harta Bersama(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]. Akta ini mula berkuatkuasa di seluruh negeri mulai 12 April 2007.

Dengan berkuatkuasanya Akta 663, tanggungjawab mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dijalankan oleh Pemaju, JMB dan MC akan dilaksanakan oleh COB. Peranan utama COB ialah menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh kedua-dua Akta 663 serta Bahagian VI dan VII Akta 318.

Piagam Pelanggan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)

Memastikan setiap aduan yang diterima dari segi pengurusan dan pentadbiran diambil tindakan dalam masa 7 hari bekerja.
Memastikan setiap aduan berkaitan akaun / kewangan diambil tindakan dalam masa 10 hari bekerja.
Memastikan setiap aduan berkaitan penyenggaraan diambil tindakan dalam masa 10 hari bekerja.
Memastikan pengeluaran Sijil JMB dilaksanakan dalam masa 5 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang lengkap dipenuhi.
Memastikan pengeluaran notis peringatan kepada pemilik yang tidak bayar caj penyenggaraan dibuat berdasarkan:
12-50 notis - 4 hari bekerja
251-150 notis - 6 hari bekerja
3151-200 notis - 8 hari bekerja
4201- ke atas - 10 hari bekerja

Objektif COB

Memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan dengan berkesan bagi semua jenis bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.

Fungsi & Aktiviti COB

1Menyelia inventori kawasan pemaju tertakluk di bawah Akta 663 dan Akta 318.
2Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) diwujudkan di setiap kawasan pemajuan.
3Menguruskan aduan-aduan dan masalah-masalah berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
4Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) - Building And Common Property Maintenance And Management Act ) (Act 663)